Yehezkiel 19:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN menyuruh aku menyanyikan lagu ratapan ini bagi dua orang putera Israel:

2. Ibu kamu bagaikan singa betinayang sangat berani.Dia membesarkan anak-anaknyaantara singa-singa jantan yang ganas.

3. Dia membesarkan seekor anak dan mengajarnya berburu;lalu anak itu menjadi pemakan manusia.

4. Bangsa-bangsa mendengar tentang anak itu,lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.Mereka menyeretnya dengan kaitdan membawanya ke negeri Mesir.

5. Si ibu menanti kepulangan anaknya,tetapi harapannya sia-sia sahaja.Kemudian dia melatih seekor anak lagi,dan anak itu menjadi singa yang ganas.

6. Anak itu menjadi dewasadan bergaul dengan singa-singa jantan yang lain.Dia juga belajar berburudan menjadi pemakan manusia.

Yehezkiel 19