1. TUHAN berfirman kepadaku,
2. “Peribahasa apakah yang disebut-sebut orang di negeri Israel?‘Ibu bapa makan anggur masam,tetapi anak yang ngilu gigi.’ ”
3. “Demi Aku, Allah yang hidup,” firman TUHAN Raja, “peribahasa itu tidak akan diucapkan di Israel lagi.
4. Nyawa setiap orang milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa yang berdosa, dialah yang akan mati.
5. Andaikata ada seorang yang benar-benar baik, adil, dan jujur.
6. Dia tidak menyembah berhala orang Israel, ataupun makan korban yang telah dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan. Dia tidak menggoda isteri orang lain, ataupun bersetubuh dengan wanita yang sedang haid.
7. Dia tidak menipu ataupun merompak orang. Dia mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar dan pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.
8. Dia tidak minta faedah apabila meminjamkan wang. Dia tidak mahu melakukan kejahatan dan dia memberikan keputusan yang adil dalam setiap pertengkaran.
9. Dia mematuhi perintah-Ku dan mentaati hukum-Ku. Orang seperti itu baik dan akan hidup.” Demikianlah firman TUHAN Raja.
10. “Andaikata orang itu mempunyai seorang anak lelaki yang merompak, membunuh, dan melakukan banyak perbuatan jahat
11. yang tidak pernah dilakukan oleh bapanya. Anak itu makan korban yang telah dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan dan menggoda isteri orang lain.
12. Dia menipu orang miskin, merompak, dan tidak mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia pergi ke kuil-kuil dan menyembah berhala yang menjijikkan,