53. TUHAN berfirman kepada Yerusalem, “Aku akan memulihkan kemakmuran Sodom dan pekan-pekan di sekitarnya; demikian juga Samaria serta pekan-pekan di sekitarnya. Engkau pun akan Kujadikan makmur.
54. Engkau akan berasa malu terhadap dirimu sendiri. Kerana keadaanmu yang memalukan itu, saudara-saudaramu akan sedar betapa baiknya keadaan mereka.
55. Mereka akan menjadi makmur semula, dan engkau serta pekan-pekanmu pun akan dipulihkan.
56. Bukankah engkau pernah mentertawakan Sodom pada masa engkau masih sombong dahulu,
57. sebelum kejahatanmu didedahkan? Sekarang engkau sama seperti dia; engkau menjadi bahan tertawaan orang Edom, Filistin, dan negeri-negeri jiran yang membenci engkau.