38. Aku akan menghukum engkau kerana perzinaan serta pembunuhan yang telah engkau lakukan. Kerana Aku sangat murka, Aku menjatuhi engkau hukuman mati!
39. Aku akan menyerahkan engkau kepada mereka, dan mereka akan merobohkan tempat-tempat engkau melacur serta menyembah berhala. Mereka akan merampas pakaian dan perhiasanmu, sehingga engkau bogel.
40. Mereka akan menghasut orang ramai supaya merejam engkau, dan mereka akan mencincang tubuhmu dengan pedang.
41. Mereka akan membakar rumah-rumahmu dan membiarkan kaum wanita melihat engkau dihukum. Aku akan menghentikan pelacuranmu. Engkau tidak akan memberikan hadiah kepada kekasih-kekasihmu lagi.
42. Barulah Aku tenang dan kemurkaan-Ku reda. Aku tidak akan murka ataupun cemburu lagi.
43. Engkau lupa bagaimana Aku memperlakukan engkau semasa engkau kecil, dan engkau membangkitkan kemurkaan-Ku dengan segala perbuatanmu. Itulah sebabnya engkau mesti menanggung hukumannya. Mengapakah engkau berzina pula setelah melakukan segala perbuatan lain yang menjijikkan itu?” TUHAN Raja telah berfirman.
44. TUHAN berfirman, “Orang akan menggunakan pepatah ini terhadap dirimu, hai Yerusalem: ‘Seperti ibunya, begitu juga anaknya.’
45. Sesungguhnya engkau adalah anak ibumu. Ibumu membenci suami serta anak-anaknya. Engkau serupa dengan saudara-saudara perempuanmu yang membenci suami dan anak mereka. Ibumu orang Het dan bapamu orang Amori.
46. Kakakmu ialah Samaria di sebelah utara dengan pekan-pekan di sekitarnya. Adik perempuanmu itu Sodom di sebelah selatan dengan pekan-pekan di sekitarnya.
47. Engkau tidak puas mengikut teladan mereka yang menjijikkan itu. Dalam masa yang singkat engkau pun berkelakuan lebih jahat daripada mereka.”
48. “Demi Aku, Allah yang hidup,” TUHAN Raja berfirman, “adikmu, Sodom dan pekan-pekan di sekitarnya, belum pernah melakukan kejahatan yang engkau lakukan bersama dengan pekan-pekan di sekitarmu.
49. Sodom dan anak-anaknya sombong kerana mereka mempunyai banyak makanan serta dapat hidup dengan tenang dan aman. Tetapi mereka tidak menolong orang yang miskin dan susah.
50. Mereka sombong dan degil, serta melakukan perkara-perkara yang Aku benci. Oleh itu Aku membinasakan mereka, sebagaimana yang engkau tahu.
51. Dosa Samaria tidak sampai separuh daripada dosamu. Perbuatanmu lebih menjijikkan daripada segala perbuatannya. Kerana engkau sangat jahat, Samaria dan Sodom seakan-akan tidak bersalah jika dibandingkan dengan engkau.
52. Sekarang engkau terpaksa menanggung aib. Dosamu jauh lebih besar daripada dosa saudara-saudaramu. Mereka seakan-akan tidak bersalah jika dibandingkan dengan engkau. Engkau harus malu dan menanggung aib, kerana saudara-saudaramu kelihatan suci.”
53. TUHAN berfirman kepada Yerusalem, “Aku akan memulihkan kemakmuran Sodom dan pekan-pekan di sekitarnya; demikian juga Samaria serta pekan-pekan di sekitarnya. Engkau pun akan Kujadikan makmur.
54. Engkau akan berasa malu terhadap dirimu sendiri. Kerana keadaanmu yang memalukan itu, saudara-saudaramu akan sedar betapa baiknya keadaan mereka.
55. Mereka akan menjadi makmur semula, dan engkau serta pekan-pekanmu pun akan dipulihkan.
56. Bukankah engkau pernah mentertawakan Sodom pada masa engkau masih sombong dahulu,