1. TUHAN berfirman lagi kepadaku,
2. “Hai manusia fana, tunjukkanlah perbuatan Yerusalem yang menjijikkan itu kepadanya.”
3. TUHAN Raja menyuruh aku menyampaikan firman ini kepada Yerusalem,“Engkau dilahirkan di tanah Kanaan. Bapamu orang Amori dan ibumu orang Het.
4. Ketika engkau dilahirkan, tiada sesiapa pun memotong tali pusatmu atau memandikan engkau atau menggosokmu dengan garam ataupun membedungi engkau dengan kain.
5. Tiada sesiapa pun mengasihani engkau sehingga mahu melakukan perkara-perkara itu bagimu. Ketika engkau dilahirkan, tiada sesiapa pun mengasihimu. Engkau dibuang di padang.
6. Kemudian Aku lalu dan nampak engkau menggeliat dalam darahmu sendiri, tetapi Aku tidak membiarkan engkau mati.
7. Aku memelihara engkau sehingga engkau membesar seperti tanaman yang subur. Engkau tumbuh sihat dan tinggi, dan menjadi wanita muda. Buah dadamu montok dan rambutmu sudah tumbuh, tetapi engkau masih bogel.