Yehezkiel 14:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Inilah firman TUHAN Raja, “Aku akan mendatangkan empat hukuman yang paling dahsyat kepada Yerusalem untuk membinasakan baik manusia mahupun binatang. Hukuman itu peperangan, kebuluran, binatang buas, dan wabak.

22. Jika ada sesiapa yang terluput daripada hukuman itu serta berjaya menyelamatkan anak-anaknya, lihatlah mereka apabila mereka datang kepadamu. Lihatlah betapa zalimnya mereka itu dan yakinlah bahawa hukuman-Ku kepada Yerusalem itu adil.

23. Barulah engkau tahu bahawa segala tindakan-Ku mempunyai sebab yang wajar.” TUHAN Raja telah berfirman.

Yehezkiel 14