8. Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa-doa umat Allah.
9. Mereka menyanyikan sebuah lagu baru,“Engkau layak mengambil gulungan naskhah itudan memecahkan meterai-meterainya,kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian-Mu,manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsatelah Engkau beli untuk Allah.
10. Engkau sudah menjadikan merekaimam yang mengabdi kepada Allah kita,dan memerintah di dunia.”
11. Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu.