Wahyu 18:7-15 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Berilah Babel penderitaan dan kesedihansebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri,kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri,‘Aku ratu yang memerintah!Aku bukan balu,aku tidak akan mengalami kesedihan!’

8. Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya:penyakit, kesedihan, dan kebuluran.Babel akan dihanguskan oleh api,kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa.”

9. Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya.

10. Mereka berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!”

11. Para saudagar di bumi menangis dan berkabung kerananya, oleh sebab tidak seorang pun membeli barang dagangan mereka lagi.

12. Tidak seorang pun membeli emas, perak, permata, ataupun mutiara mereka; tidak seorang pun membeli kain linen, kain ungu, kain sutera, dan kain merah tua; tidak seorang pun membeli segala macam kayu yang jarang didapati, pelbagai benda yang dibuat daripada gading, kayu yang mahal, gangsa, besi, dan marmar;

13. tidak seorang pun membeli kayu manis, rempah-rempah, setanggi, mur, dan kemenyan; tidak seorang pun membeli wain dan minyak, tepung dan gandum, lembu dan domba, kuda dan pedati, abdi dan tawanan perang sekalipun.

14. Para saudagar berkata kepadanya, “Segala yang ingin engkau miliki sudah lenyap, dan semua kekayaan serta keindahanmu sudah hilang. Engkau tidak akan mendapati semua itu lagi!”

15. Para saudagar yang menjadi kaya kerana berniaga di kota itu akan berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka akan menangis dan berkabung,

Wahyu 18