Wahyu 18:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Setelah itu aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga. Dia mempunyai kuasa besar, dan cahaya yang mengelilinginya menerangi seluruh bumi.

2. Dia berseru dengan suara lantang, “Babel sudah jatuh! Babel yang agung sudah jatuh! Sekarang syaitan-syaitan dan roh-roh jahat tinggal di Babel. Segala macam burung yang najis dan dibenci orang tinggal di situ.

3. Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.”

4. Kemudian aku mendengar suara lain dari syurga berkata,“Keluarlah, hai umat-Ku! Keluarlah dari Babel!Janganlah berbuat dosa seperti penduduk kota itu;janganlah ikut menanggung hukumannya,

5. kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit,dan Allah tidak lupa akan kejahatannya.

6. Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu;balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya.Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih kerasdaripada minuman yang disediakannya untuk kamu.

7. Berilah Babel penderitaan dan kesedihansebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri,kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri,‘Aku ratu yang memerintah!Aku bukan balu,aku tidak akan mengalami kesedihan!’

8. Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya:penyakit, kesedihan, dan kebuluran.Babel akan dihanguskan oleh api,kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa.”

9. Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya.

10. Mereka berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!”

11. Para saudagar di bumi menangis dan berkabung kerananya, oleh sebab tidak seorang pun membeli barang dagangan mereka lagi.

12. Tidak seorang pun membeli emas, perak, permata, ataupun mutiara mereka; tidak seorang pun membeli kain linen, kain ungu, kain sutera, dan kain merah tua; tidak seorang pun membeli segala macam kayu yang jarang didapati, pelbagai benda yang dibuat daripada gading, kayu yang mahal, gangsa, besi, dan marmar;

Wahyu 18