3. Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba,“Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa,perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan!Raja semua bangsa,alangkah adil dan benar tindakan-Mu!
4. Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Tuhan?Siapakah yang tidak mahu mengisytiharkan keagungan-Mu?Hanya Engkau yang suci.Semua bangsa akan datang menyembah Engkau,kerana tindakan-Mu yang adildilihat oleh semua orang.”
5. Setelah itu aku melihat Rumah Tuhan di syurga terbuka dan Khemah Tuhan ada di dalamnya.
6. Tujuh malaikat yang bertugas mendatangkan tujuh bencana ke atas bumi, keluar dari Rumah Tuhan. Mereka mengenakan pakaian daripada kain linen yang bersih dan berkilauan. Dada mereka dililiti pengikat daripada emas.
7. Kemudian salah satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh buah mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Allah, iaitu Allah yang hidup selama-lamanya.
8. Rumah Allah dipenuhi oleh asap daripada kemuliaan dan kekuasaan Allah. Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam Rumah Allah sehingga tujuh bencana yang didatangkan oleh tujuh malaikat itu berakhir.