7. Ingatlah bagaimana kamu menyebabkan TUHAN, Allah kamu murka di padang gurun. Sejak kamu meninggalkan Mesir sampai pada hari kamu tiba di sini, kamu telah memberontak terhadap-Nya.
8. Bahkan di Gunung Sinai pun kamu menyebabkan TUHAN sedemikian murka sehingga Dia mahu membinasakan kamu.
9. Aku mendaki gunung itu untuk menerima dua buah batu tulis yang ditulisi perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan kamu. Aku tinggal di sana selama empat puluh hari dan empat puluh malam, dan aku tidak makan atau minum apa-apa pun.