2. TUHAN, Allah kita sudah membuat suatu perjanjian dengan kita di Gunung Sinai.
3. Dia membuat perjanjian itu bukan sahaja dengan nenek moyang kita tetapi dengan kita juga, kita semua yang hidup hari ini.
4. Di atas gunung itu, dari dalam api, TUHAN berfirman langsung dengan kamu.
5. Pada masa itu aku menjadi pengantara bagi kamu dan TUHAN untuk menyampaikan firman-Nya kepada kamu, kerana kamu takut kepada api itu dan tidak mahu mendaki gunung.TUHAN berfirman,
6. ‘Akulah TUHAN, Allah kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba.
7. Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.
8. Jangan buat patung berhala bagi diri kamu, patung berhala yang menyerupai apa-apa pun yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air di bawah bumi.
9. Jangan sujud kepada berhala apa pun, atau memujanya, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat.
10. Tetapi Aku menunjukkan kasih-Ku kepada beribu-ribu generasi orang yang mengasihi Aku, dan yang taat kepada hukum-Ku.
11. Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat kerana Aku TUHAN, Allah kamu, menghukum sesiapa sahaja yang menyalahgunakan nama-Ku.
12. Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci, seperti yang Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan.
13. Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja,
14. tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau orang asing yang tinggal di negeri kamu. Abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu.