Ulangan 5:13-24 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja,

14. tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau orang asing yang tinggal di negeri kamu. Abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu.

15. Ingatlah bahawa dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir, dan Aku TUHAN, Allah kamu, membebaskan kamu dengan kuasa dan kekuatan-Ku yang besar. Itulah sebabnya Aku memerintah kamu untuk merayakan hari Sabat.

16. Hormatilah bapa dan ibu kamu, sebagaimana Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan Aku beri kepada kamu.

17. Jangan membunuh.

18. Jangan berzina.

19. Jangan mencuri.

20. Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain.

21. Jangan ingini kepunyaan orang lain: isterinya, rumahnya, tanahnya, abdinya, ternakannya, keldainya, atau apa-apa pun miliknya.’

22. Itulah hukum-hukum yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu semua apabila kamu berkumpul di gunung itu. Apabila Dia berfirman dengan suara yang kuat dari api dan awan yang tebal itu, Dia memberikan hukum-hukum itu sahaja. Kemudian Dia menuliskan hukum-hukum itu pada dua buah batu tulis, lalu memberinya kepadaku.”

23. “Apabila seluruh gunung itu diliputi api, dan kamu mendengar suara dari kegelapan itu, para pemimpin suku dan penghulu masyarakat kamu datang kepadaku

24. dan berkata, ‘TUHAN, Allah kita menyatakan kebesaran dan kemuliaan-Nya ketika kami mendengar firman-Nya dari api itu. Pada hari ini kami telah melihat bahawa seseorang boleh tetap hidup walaupun Allah sudah berfirman kepadanya.

Ulangan 5