4. Kita mematuhi Taurat yang diberikan Musa kepada kita;itulah milik bangsa kita yang paling berharga.
5. TUHAN menjadi raja kepada Israel, umat-Nyaketika suku-suku Israel berkumpul bersama dengan para pemimpin mereka.
6. Tentang suku Ruben, Musa berkata,“Semoga suku Ruben tidak punah,meskipun bilangan mereka sedikit sahaja.”
7. Tentang suku Yehuda, dia berkata,“Ya TUHAN, dengarkanlah seruan mereka minta pertolongan.Persatukanlah mereka semula dengan suku-suku lain.Ya TUHAN, berperanglah bagi mereka,dan tolonglah mereka melawan musuh mereka.”
8. Tentang suku Lewi, dia berkata,“Ya TUHAN, nyatakanlah kehendak-Mu melalui Urim dan Tumim,dengan perantaraan orang Lewi, hamba-hamba-Mu yang setia.Engkau telah menguji mereka di Masa,dan membuktikan kesetiaan mereka di mata air Meriba.