17. Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan,dan tanduk lembu jantan hutan.Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu,dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu.Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa,dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”
18. Tentang suku Zebulon dan Isakhar, dia berkata,“Semoga Zebulon makmur kerana perdagangan di perantauan,dan semoga kekayaan Isakhar bertambah-tambah di perkhemahan.
19. Mereka menjemput bangsa asing ke gunung;di sana mereka mempersembahkan korban yang diperkenankan.Mereka mendapatkan kekayaan dari laut,dan dari pasir di sepanjang pantai.”
20. Tentang suku Gad, dia berkata,“Pujilah Allah yang meluaskan kawasan mereka.Gad menunggu-nunggu seperti seekor singa,hendak mencarik-carikkan lengan atau kulit kepala.
21. Mereka mengambil tanah yang terbaik untuk mereka sendiri.Mereka mendapat bahagian seorang pemimpin.Mereka mematuhi perintah dan hukum TUHAN,ketika para pemimpin Israel berkumpul bersama-sama.”
22. Tentang suku Dan, dia berkata,“Dan seperti seekor singa mudayang melompat keluar dari Basan.”
23. Tentang suku Naftali, dia berkata,“Naftali dilimpahi berkat dan kasih TUHAN;tanah mereka meluas dari Tasik Galilea ke selatan.”
24. Tentang suku Asyer, dia berkata,“Asyer diberkati lebih daripada suku-suku lain.Semoga dia menjadi kesayangan saudara-saudaranya,semoga pokok zaitun tumbuh subur di tanahnya.
25. Semoga kota-kotanya dilindungi oleh pintu gerbang besi,semoga hidupnya sentiasa aman dan tenteram.”
26. “Hai umat Israel, tiada yang seperti Allah kamu,yang melintasi langit dengan kemuliaan,dan menembusi awan untuk menolong kamu.