Ulangan 33:16-29 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Semoga tanah mereka dipenuhi segala sesuatu yang baik,tanah yang diberkati dengan kebaikan TUHAN,Dia yang pernah berfirman dari semak yang bernyala.Semoga berkat-berkat ini dicurahkan kepada keturunan Yusuf,kerana dialah pemimpin di kalangan saudara-saudaranya.

17. Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan,dan tanduk lembu jantan hutan.Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu,dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu.Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa,dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”

18. Tentang suku Zebulon dan Isakhar, dia berkata,“Semoga Zebulon makmur kerana perdagangan di perantauan,dan semoga kekayaan Isakhar bertambah-tambah di perkhemahan.

19. Mereka menjemput bangsa asing ke gunung;di sana mereka mempersembahkan korban yang diperkenankan.Mereka mendapatkan kekayaan dari laut,dan dari pasir di sepanjang pantai.”

20. Tentang suku Gad, dia berkata,“Pujilah Allah yang meluaskan kawasan mereka.Gad menunggu-nunggu seperti seekor singa,hendak mencarik-carikkan lengan atau kulit kepala.

21. Mereka mengambil tanah yang terbaik untuk mereka sendiri.Mereka mendapat bahagian seorang pemimpin.Mereka mematuhi perintah dan hukum TUHAN,ketika para pemimpin Israel berkumpul bersama-sama.”

22. Tentang suku Dan, dia berkata,“Dan seperti seekor singa mudayang melompat keluar dari Basan.”

23. Tentang suku Naftali, dia berkata,“Naftali dilimpahi berkat dan kasih TUHAN;tanah mereka meluas dari Tasik Galilea ke selatan.”

24. Tentang suku Asyer, dia berkata,“Asyer diberkati lebih daripada suku-suku lain.Semoga dia menjadi kesayangan saudara-saudaranya,semoga pokok zaitun tumbuh subur di tanahnya.

25. Semoga kota-kotanya dilindungi oleh pintu gerbang besi,semoga hidupnya sentiasa aman dan tenteram.”

26. “Hai umat Israel, tiada yang seperti Allah kamu,yang melintasi langit dengan kemuliaan,dan menembusi awan untuk menolong kamu.

27. Allah yang kekal menjadi perlindungan kamu,dan tangan-Nya menunjang kamu.Apabila kamu bergerak maju,Dia mengusir musuh kamu,dan menyuruh kamu membinasakan mereka semua.

28. Oleh itu keturunan Yakub hidup dengan tenteram;mereka aman di tanah yang penuh dengan wain dan gandum;dan tanahnya dibasahi oleh embun dari langit.

29. Hai Israel, kamu sungguh berbahagia!Tidak ada sesiapa pun seperti kamu,bangsa yang diselamatkan oleh TUHAN.TUHAN sendirilah yang menjadi perisai dan pedang kamu,untuk membela kamu dan memberi kamu kemenangan.Musuh kamu akan datang mohon belas kasihan,dan kamu akan memijak-mijak mereka.”

Ulangan 33