Ulangan 33:12-25 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Tentang suku Benyamin, dia berkata,“Inilah suku yang dikasihi dan dilindungi oleh TUHAN;Dia menjaga mereka sepanjang masa,Dia tinggal di tengah-tengah mereka.”

13. Tentang keturunan Yusuf, dia berkata,“Semoga TUHAN memberkati tanah mereka dengan hujan,dan dengan air dari bawah tanah.

14. Semoga TUHAN memberkati tanah mereka dengan buah-buahan yang masak di pokok,dan memberi mereka banyak buah pada setiap musim.

15. Semoga bukit-bukit purba mereka,diliputi buah-buahan yang istimewa baiknya.

16. Semoga tanah mereka dipenuhi segala sesuatu yang baik,tanah yang diberkati dengan kebaikan TUHAN,Dia yang pernah berfirman dari semak yang bernyala.Semoga berkat-berkat ini dicurahkan kepada keturunan Yusuf,kerana dialah pemimpin di kalangan saudara-saudaranya.

17. Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan,dan tanduk lembu jantan hutan.Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu,dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu.Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa,dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”

18. Tentang suku Zebulon dan Isakhar, dia berkata,“Semoga Zebulon makmur kerana perdagangan di perantauan,dan semoga kekayaan Isakhar bertambah-tambah di perkhemahan.

19. Mereka menjemput bangsa asing ke gunung;di sana mereka mempersembahkan korban yang diperkenankan.Mereka mendapatkan kekayaan dari laut,dan dari pasir di sepanjang pantai.”

20. Tentang suku Gad, dia berkata,“Pujilah Allah yang meluaskan kawasan mereka.Gad menunggu-nunggu seperti seekor singa,hendak mencarik-carikkan lengan atau kulit kepala.

21. Mereka mengambil tanah yang terbaik untuk mereka sendiri.Mereka mendapat bahagian seorang pemimpin.Mereka mematuhi perintah dan hukum TUHAN,ketika para pemimpin Israel berkumpul bersama-sama.”

22. Tentang suku Dan, dia berkata,“Dan seperti seekor singa mudayang melompat keluar dari Basan.”

23. Tentang suku Naftali, dia berkata,“Naftali dilimpahi berkat dan kasih TUHAN;tanah mereka meluas dari Tasik Galilea ke selatan.”

24. Tentang suku Asyer, dia berkata,“Asyer diberkati lebih daripada suku-suku lain.Semoga dia menjadi kesayangan saudara-saudaranya,semoga pokok zaitun tumbuh subur di tanahnya.

25. Semoga kota-kotanya dilindungi oleh pintu gerbang besi,semoga hidupnya sentiasa aman dan tenteram.”

Ulangan 33