Ulangan 33:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:

2. TUHAN datang dari Gunung Sinai;Dia terbit seperti matahari di atas Edom,dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya.Beribu-ribu malaikat menyertai Dia;pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala.

3. TUHAN mengasihi umat-Nya;Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya.Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya,dan mentaati perintah-Nya.

4. Kita mematuhi Taurat yang diberikan Musa kepada kita;itulah milik bangsa kita yang paling berharga.

5. TUHAN menjadi raja kepada Israel, umat-Nyaketika suku-suku Israel berkumpul bersama dengan para pemimpin mereka.

6. Tentang suku Ruben, Musa berkata,“Semoga suku Ruben tidak punah,meskipun bilangan mereka sedikit sahaja.”

7. Tentang suku Yehuda, dia berkata,“Ya TUHAN, dengarkanlah seruan mereka minta pertolongan.Persatukanlah mereka semula dengan suku-suku lain.Ya TUHAN, berperanglah bagi mereka,dan tolonglah mereka melawan musuh mereka.”

8. Tentang suku Lewi, dia berkata,“Ya TUHAN, nyatakanlah kehendak-Mu melalui Urim dan Tumim,dengan perantaraan orang Lewi, hamba-hamba-Mu yang setia.Engkau telah menguji mereka di Masa,dan membuktikan kesetiaan mereka di mata air Meriba.

9. Mereka telah menunjukkan kesetiaan kepada-Muyang melebihi kesetiaan kepada ibu bapa, saudara, atau anak.Mereka mentaati perintah-Mudan setia kepada perjanjian-Mu.

10. Mereka akan mengajar umat-Mu mentaati Taurat-Mu;mereka akan mempersembahkan korban di atas mazbah-Mu.

11. Ya TUHAN, tolonglah suku mereka menjadi perkasa,semoga Engkau berkenan kepada pekerjaan mereka.Hancurkanlah semua musuh mereka,biarlah musuh mereka tidak bangkit semula.”

Ulangan 33