Ulangan 32:34-49 Alkitab Berita Baik (BM)

34. TUHAN ingat akan perbuatan musuh umat-Nya;Dia menantikan masa yang tepat untuk menghukum mereka.

35. TUHAN akan membalas dendam dan menghukum mereka;masanya akan tiba apabila mereka jatuh dan binasa,hari kehancuran mereka segera tiba.

36. TUHAN akan menyelamatkan umat-Nyaapabila Dia melihat mereka kehabisan tenaga.Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya,apabila Dia melihat mereka tidak berdaya.

37. Lalu TUHAN akan bertanya kepada umat-Nya,‘Di manakah tuhan-tuhan perkasa yang kamu percayai itu?

38. Kamu mempersembahkan waindan korban terbaik kepada mereka,kamu memberi mereka minum wain.Sekarang biarlah mereka menolong kamu,biarlah mereka menyelamatkan kamu.

39. Akulah satu-satunya Allah;tiada yang lain kecuali Aku.Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa,Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang;tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku.

40. Demi Aku sendiri, Allah yang hidup,Aku mengangkat tangan dan bersumpah

41. bahawa Aku akan mengasah pedang-Ku yang berkilauan,dan menegakkan keadilan.Aku akan membalas dendam terhadap musuh-Ku,dan menghukum orang yang membenci Aku.

42. Anak panah-Ku akan dilumuri darah mereka,dan pedang-Ku akan membunuh semua orang yang menentang Aku.Tidak seorang pun yang melawan Aku akan hidup;bahkan orang terluka dan orang tawanan pun akan mati.’

43. Hai bangsa-bangsa, pujilah umat TUHAN.TUHAN menghukum semua orang yang membunuh umat-Nya;Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya,dan mengampunkan dosa umat-Nya.”

44. Musa dan Yosua anak Nun mengucapkan nyanyian itu supaya umat Israel dapat mendengarnya.

45. Selepas Musa menyampaikan ajaran Allah kepada umat itu,

46. dia berkata, “Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.

47. Ajaran ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi ajaran ini adalah nyawa kamu. Taatilah semuanya supaya kamu panjang umur di tanah di seberang Sungai Yordan, tanah yang segera akan kamu duduki.”

48. Pada hari itu juga TUHAN berfirman kepada Musa,

49. “Pergilah ke Pergunungan Abarim di tanah Moab, yang bertentangan dengan kota Yerikho. Dakilah Gunung Nebo, dan pandanglah tanah Kanaan yang segera akan Aku berikan kepada umat Israel.

Ulangan 32