Ulangan 22:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Jika ada lembu atau domba yang sesat, yang dipunyai orang sebangsa kamu, dan kamu nampak binatang itu, jangan berpura-pura tidak tahu, tetapi bawalah binatang itu balik kepada pemiliknya.

2. Jika pemiliknya tinggal jauh, atau kamu tidak tahu siapa pemiliknya, bawalah binatang itu ke rumah kamu. Apabila pemilik binatang itu datang mencarinya, berikanlah binatang itu kepadanya.

3. Demikian juga yang harus dilakukan jika kamu menjumpai keldai, pakaian, atau apa sahaja milik orang sebangsa kamu.

4. Jika keldai atau lembu milik orang sebangsa kamu rebah di jalan, jangan berpura-pura tidak tahu. Tolonglah dia membangunkan binatang itu semula.

5. Orang perempuan tidak boleh memakai pakaian orang lelaki, dan orang lelaki tidak boleh memakai pakaian orang perempuan; TUHAN, Allah kamu membenci orang yang melakukan hal seperti itu.

6. Jika kamu nampak sarang burung di atas pokok atau di atas tanah, dan induk burung sedang mengerami telurnya ataupun bersama-sama anak-anaknya, jangan tangkap induk burung itu.

Ulangan 22