10. Lakukan hal itu, supaya orang yang tidak bersalah tidak akan mati, dan supaya kamu tidak berdosa kerana membunuh orang yang tidak bersalah di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu.
11. Tetapi lain halnya jika seseorang mengadang musuhnya dan dengan sengaja serta rasa benci membunuh dia, lalu melarikan diri ke salah sebuah kota perlindungan untuk mendapat perlindungan.
12. Dalam hal itu para pemimpin dari kota si pembunuh itu sendiri harus memanggil dia, lalu menyerahkan dia kepada sanak keluarga yang bertanggungjawab untuk membalas dendam bagi pembunuhan itu. Dengan demikian pembunuh itu boleh dihukum mati.