1. “Seluruh suku Lewi, termasuk para imam tidak boleh menerima bahagian tanah di Israel, tetapi mereka akan menerima sebahagian persembahan dan korban lain yang diberikan kepada TUHAN.
2. Yang diterima mereka itu adalah warisan mereka, sebagaimana yang sudah dijanjikan TUHAN. Itulah sebabnya mereka tidak boleh memiliki tanah seperti suku-suku lain.
3. Apabila lembu atau domba dipersembahkan sebagai korban, maka bahagian bahu, rahang, dan perut binatang itu harus diberikan kepada imam.
4. Para imam harus diberikan hasil pertama daripada biji-bijian, wain, minyak zaitun, dan bulu domba.
5. TUHAN memilih suku Lewi antara semua suku kamu untuk mengabdi kepada-Nya sebagai imam selama-lamanya.
6. Sesiapa sahaja orang Lewi yang berasal dari kota mana pun di Israel, boleh datang ke satu tempat ibadat itu,
7. dan boleh mengabdi kepada TUHAN, Allahnya sebagai imam, seperti orang Lewi lain yang bertugas di sana.