2. Andaikata kamu mendengar bahawa di salah sebuah kota kamu, ada beberapa orang lelaki atau perempuan yang telah berdosa terhadap TUHAN, dan melanggar perjanjian-Nya
3. serta perintah TUHAN kerana mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, atau kepada matahari, atau kepada bulan, atau kepada bintang-bintang.
4. Jika kamu mendengar laporan seperti itu, kamu harus menyiasat perkara itu dengan teliti. Jika benar bahawa perkara jahat itu sudah berlaku di Israel,
5. bawalah orang itu ke luar kota lalu rejamlah dia sampai mati.