Ulangan 14:7-29 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Kamu tidak boleh makan binatang yang tidak berkuku belah dan yang tidak memamah biak. Jangan makan daging unta, arnab, atau landak batu. Binatang itu haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah.

8. Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.

9. Kamu boleh makan semua jenis ikan yang mempunyai sirip dan sisik,

10. tetapi apa sahaja binatang yang hidup di dalam air dan yang tidak mempunyai sirip dan sisik, tidak boleh dimakan. Binatang seperti itu haram.

11. Kamu boleh makan semua jenis burung yang halal.

19. Semua serangga yang bersayap adalah haram; jangan makan serangga jenis itu.

20. Makanlah serangga jenis yang halal.

21. Jangan makan binatang yang mati biasa. Daging binatang itu boleh dimakan oleh orang asing yang tinggal di kalangan kamu, atau dijual kepada orang asing. Tetapi kamu milik TUHAN, Allah kamu; kamu umat-Nya.Jangan rebus anak domba atau anak kambing di dalam susu induknya.”

22. “Sisihkanlah persembahan persepuluhan, iaitu sepersepuluh daripada segala hasil ladang kamu setiap tahun.

23. Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipilih oleh TUHAN, Allah kamu sebagai tempat ibadat. Di hadirat TUHAN, Allah kamu, di tempat yang dipilih-Nya itu, makanlah persembahan persepuluhan itu: biji-bijian, wain, minyak zaitun, anak sulung lembu, dan anak sulung domba kamu. Buatlah demikian supaya kamu sentiasa belajar menghormati TUHAN, Allah kamu.

24. Jika kamu tinggal terlalu jauh dari satu tempat ibadat itu, dan susah bagi kamu membawa persembahan persepuluhan daripada hasil ladang yang diberikan oleh TUHAN, kepada kamu, maka lakukanlah hal ini:

25. Juallah hasil ladang itu dan bawalah wang harganya ke satu tempat ibadat itu.

26. Dengan wang itu belilah apa sahaja yang kamu mahu - lembu, domba, wain, dan minuman keras. Kemudian di tempat itu, di hadirat TUHAN, Allah kamu, kamu dan keluarga kamu harus makan dan bersukacita.

27. Jangan abaikan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu; mereka tidak mempunyai harta milik.

28. Pada akhir setiap tahun ketiga, bawalah persembahan persepuluhan daripada segala hasil tanaman kamu dan simpanlah semuanya di dalam kota-kota kamu.

29. Makanan itu untuk orang Lewi kerana mereka tidak mempunyai harta milik. Makanan itu juga untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan mereka. Buatlah demikian, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”

Ulangan 14