1. “Kamulah umat TUHAN, Allah kamu. Oleh itu apabila kamu berkabung bagi orang yang sudah meninggal, jangan lukakan tubuh atau cukur rambut pada bahagian depan kepala kamu, seperti yang dilakukan oleh bangsa lain.
2. Kamu milik TUHAN, Allah kamu; Dia sudah memilih kamu untuk menjadi umat-Nya sendiri, antara semua bangsa yang tinggal di atas bumi.”
3. “Jangan makan apa-apa yang dinyatakan haram oleh TUHAN.
4. Kamu boleh makan binatang ini: lembu, domba, kambing,
5. rusa, domba hutan, kambing hutan, dan kijang.
6. Tiap-tiap binatang yang berkuku belah dan yang memamah biak boleh dimakan.
7. Kamu tidak boleh makan binatang yang tidak berkuku belah dan yang tidak memamah biak. Jangan makan daging unta, arnab, atau landak batu. Binatang itu haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah.
8. Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.
9. Kamu boleh makan semua jenis ikan yang mempunyai sirip dan sisik,
12-18. Tetapi jenis-jenis burung yang berikut tidak boleh kamu makan: burung rajawali, burung hantu, semua jenis burung helang, burung nasar, burung gagak, burung unta, burung camar, burung ranggung, burung pucung dan semua jenis burung bangau, burung undan, burung kosa, dan kelawar.