Ulangan 10:11-19 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Kemudian Dia menyuruh aku pergi dan menjadi pemimpin kamu, supaya kamu boleh memiliki tanah yang sudah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.”

12. “Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan TUHAN, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah TUHAN dan laksanakanlah segala perintah-Nya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepada-Nya dengan segenap hati;

13. patuhilah segala hukum-Nya. Aku memberikan hukum-hukum itu kepada kamu hari ini untuk kepentingan kamu.

14. Langit yang tertinggi sekalipun milik TUHAN; bumi dan segala yang ada di atasnya juga milik Dia.

15. Namun kasih TUHAN terhadap nenek moyang kamu sedemikian besar sehingga Dia memilih kamu dari antara semua bangsa, dan kamu tetap umat pilihan-Nya.

16. Oleh itu, mulai sekarang, taatlah kepada TUHAN dan jangan keras kepala lagi.

17. TUHAN, Allah kamu itu berkuasa atas semua tuhan lain dan semua kekuasaan. Dia agung dan berkuasa, dan Dia harus ditaati. Dia tidak berat sebelah dan tidak menerima rasuah.

18. Dia memastikan agar anak yatim piatu dan balu diperlakukan dengan adil. Dia mengasihi orang asing yang tinggal bersama dengan bangsa kita; Dia memberi mereka makanan dan pakaian.

19. Oleh itu, kamu harus mengasihi orang asing tersebut kerana kamu sendiri pernah menjadi orang asing di Mesir.

Ulangan 10