40. Tetapi kamu, berpalinglah dan baliklah semula ke padang gurun melalui jalan yang menuju Teluk Akaba.’
41. Kamu menjawab, ‘Musa, kami sudah berdosa terhadap TUHAN. Tetapi sekarang kami akan maju berperang sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN, Allah kita.’ Kemudian setiap orang di kalangan kamu bersiap untuk pergi berperang, dan berfikir bahawa mudah sahaja untuk menakluki kawasan perbukitan itu.
42. Tetapi TUHAN berfirman kepadaku, ‘Jangan biarkan mereka pergi berperang kerana Aku tidak akan menyertai mereka, dan musuh akan mengalahkan mereka.’