3. Pada hari pertama bulan kesebelas dalam tahun keempat puluh selepas mereka meninggalkan Mesir, Musa memberitahu umat Israel segala yang diperintahkan TUHAN kepadanya, untuk disampaikan kepada mereka.
4. Hal ini berlaku setelah TUHAN mengalahkan Raja Sihon, raja orang Amori, yang memerintah di kota Hesybon, dan juga Raja Og, raja Basan, yang memerintah di kota Asytarot dan Edrei.
5. Pada masa umat Israel berada di sebelah timur Sungai Yordan di kawasan Moab, Musa mula menjelaskan hukum dan ajaran Allah.Musa berkata,
6. “Semasa kita di Gunung Sinai, TUHAN, Allah kita berfirman, ‘Sudah cukup lama kamu tinggal di gunung ini.
7. Sekarang bongkarlah perkhemahan kamu, dan pergilah ke kawasan perbukitan orang Amori dan ke seluruh daerah di sekitarnya: ke Lembah Yordan, ke kawasan perbukitan dan dataran rendah, ke daerah di bahagian selatan, dan ke pantai Laut Tengah. Pergilah ke tanah Kanaan dan ke Pergunungan Lebanon sampai ke Sungai Efrat, sungai yang besar itu.
8. Aku, TUHAN, sudah berjanji untuk memberikan seluruh tanah itu kepada nenek moyang kamu Abraham, Ishak, dan Yakub, serta keturunan mereka. Pergilah dan dudukilah tanah itu.’ ”
9. Musa berkata kepada umat itu, “Semasa kita di Gunung Sinai, aku berkata kepada kamu, ‘Tanggungjawab untuk memimpin kamu terlalu berat bagiku. Aku tidak sanggup melakukannya seorang diri.
20-21. aku berkata, ‘Sekarang, kamu sudah sampai di kawasan perbukitan negeri orang Amori, tanah yang hendak diberikan kepada kita oleh TUHAN, Allah kita, Allah nenek moyang kita. Lihatlah, tanah itu terbentang di hadapan kamu. Pergilah dan dudukilah tanah itu sebagaimana yang diperintahkan Allah. Jangan bimbang ataupun takut.’
22. Tetapi kamu datang kepadaku dan berkata, ‘Marilah kita menyuruh beberapa orang mendahului kita untuk mengintip tanah itu, supaya mereka boleh memberitahu kita jalan terbaik yang harus diikuti, dan keadaan kota-kota di sana.’
23. Cadangan itu nampaknya baik. Oleh itu aku memilih dua belas orang, seorang daripada tiap-tiap suku.
24. Mereka pergi ke kawasan perbukitan sampai ke Lembah Eskol, lalu menjelajahi tempat itu.
25. Mereka membawa balik buah-buahan untuk kita, dan melaporkan bahawa tanah yang akan diberikan oleh TUHAN, Allah kita kepada kita itu sangat subur.
26. Tetapi kamu membantah perintah TUHAN, Allah kamu, dan tidak mahu pergi ke tanah itu.
27. Kamu bersungut-sungut sesama sendiri sambil berkata, ‘TUHAN membenci kita. Dia membawa kita keluar dari Mesir semata-mata untuk menyerahkan kita kepada orang Amori, supaya mereka membunuh kita.
28. Mengapa kita harus pergi ke sana? Kita takut. Pengintip-pengintip yang kita kirim itu memberitahu kita bahawa orang di sana lebih kuat dan lebih tinggi daripada kita. Orang di sana tinggal di kota-kota yang temboknya setinggi langit. Pengintip-pengintip itu nampak raksasa di sana!’
29. Tetapi aku berkata, ‘Jangan takut kepada orang di sana.