Roma 3:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Mereka tidak mengikut jalan kedamaian,

18. dan mereka pun tidak menghormati Allah.”

19. Sekarang kita tahu bahawa semua yang tertulis di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Dengan demikian tidak seorang pun dapat berdalih, dan semua orang di dunia akan diadili oleh Allah.

20. Jika seseorang melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat, hal itu tidak bererti dia berbaik semula dengan Allah. Sebaliknya Taurat hanya menunjukkan manusia bahawa mereka berdosa.

Roma 3