Roma 16:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Aku ingin memperkenalkan saudari kita, Febe, yang membantu jemaah di Kengkrea.

2. Sambutlah dia sebagai salah seorang umat Tuhan, sebagaimana umat Allah menyambut satu sama lain. Bantulah dia, jika dia memerlukan bantuan daripada kamu, kerana dia sudah membantu banyak orang termasuk aku sendiri.

3. Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, rakan-rakanku yang sama-sama bekerja untuk Kristus Yesus.

Roma 16