8. Ketahuilah bahawa Kristus menjadi hamba kepada orang Yahudi untuk menunjukkan bahawa Allah setia. Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka.
9. Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis,“Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi,aku akan memuji Engkau,aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.”
10. Ada tertulis begini pula,“Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!”
11. Ada tertulis begini pula,“Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi;pujilah Dia, hai semua orang!”
12. Nabi Yesaya juga berkata,“Seorang daripada keturunan Isai akan datang;Dia akan memerintah orang bukan Yahudi,dan mereka akan berharap kepada-Nya.”
13. Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
14. Saudara-saudaraku! Aku yakin bahawa kamu sangat baik, dan kamu mengetahui segala sesuatu yang patut kamu lakukan. Kamu juga dapat saling menasihati.
15. Tetapi dalam suratku ini aku menulis dengan terus terang untuk mengingatkan kamu tentang beberapa buah perkara. Aku menulis dengan tegas, kerana Allah sudah mengurniai aku tugas khas.
16. Aku dijadikan hamba Kristus Yesus untuk menolong orang bukan Yahudi. Aku melakukan tugas seorang imam sewaktu aku mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah, supaya orang bukan Yahudi menjadi sebagai suatu persembahan yang menyenangkan hati Allah, dan yang ditahbiskan kepada-Nya oleh Roh Allah.
17. Kerana aku bersatu dengan Kristus Yesus, aku berbangga dengan kerjaku untuk Allah.
18. Aku akan berani berkata-kata dan hanya tentang apa yang sudah dilakukan oleh Kristus melalui aku, supaya orang bukan Yahudi taat kepada Allah. Hal itu dilakukan dengan kata-kata dan perbuatan,
19. dengan keajaiban dan mukjizat, serta dengan kuasa Roh Allah. Aku sudah mengisytiharkan keseluruhan Berita Baik tentang Kristus, dalam perjalananku dari Yerusalem sampai ke Ilirikum.
20. Aku berazam mengisytiharkan Berita Baik di tempat orang yang belum pernah mendengar tentang Kristus, supaya aku tidak membina kerja di atas asas yang diletakkan oleh orang lain.
21. Di dalam Alkitab tertulis,“Mereka yang belum pernah menerima berita tentang Dia akan melihat,dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.”
22. Itulah sebabnya banyak kali aku terhalang melawat kamu.
23. Tetapi sekarang kerjaku di daerah-daerah ini sudah selesai. Sudah bertahun-tahun lamanya aku ingin berjumpa dengan kamu.