7. Tidak seorang pun di kalangan kita yang hidup atau mati bagi dirinya sendiri.
8. Jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan. Jika kita mati, kita pun mati untuk Tuhan. Sama ada kita hidup atau mati, kita milik Tuhan.
9. Kristus mati dan hidup semula supaya Dia menjadi Tuhan kepada orang hidup dan orang mati juga.
10. Oleh itu, mengapa kamu menyalahkan saudara kamu? Mengapa kamu yang lain menghina saudara kamu? Kita semua akan menghadap Allah untuk diadili.
11. Di dalam Alkitab tertulis,“Sesungguhnya,” firman Tuhan,“tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah.”
12. Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah.
13. Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain. Sebaliknya kamu harus mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa yang menyebabkan saudara kamu tergoda dan berdosa.
14. Kerana aku bersatu dengan Tuhan Yesus, aku yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang pada dasarnya najis, tetapi jika seseorang menganggap sesuatu hal najis, maka najislah hal itu bagi dia.
15. Jika apa yang kamu makan, menyakiti hati seorang saudara seiman, tindakan kamu itu tidak berdasarkan kasih. Janganlah hancurkan seseorang dengan apa yang kamu makan, kerana Kristus sudah mati baginya.
16. Janganlah sebabkan apa yang kamu anggap baik, dianggap jahat oleh orang lain.
17. Hal itu demikian kerana Pemerintahan Allah bukanlah soal makanan atau minuman, tetapi kerelaan melakukan kehendak Allah, ketenangan hati, dan kegembiraan, yang semuanya dikurniakan oleh Roh Allah.
18. Orang yang mengabdikan diri kepada Kristus dengan cara demikian, menyenangkan hati Allah dan dihargai orang lain.
19. Itulah sebabnya kita harus sentiasa bertujuan untuk melakukan hal-hal yang membawa kerukunan, dan yang saling menguatkan iman.