Roma 11:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian aku bertanya: Adakah Allah menolak umat-Nya sendiri? Tentu tidak! Aku sendiri orang Israel keturunan Abraham, dan daripada suku Benyamin.

2. Allah tidak menolak umat-Nya yang dipilih-Nya dari mula-mula. Kamu mengetahui apa yang tertulis di dalam Alkitab tentang Elia semasa dia mengadukan perbuatan Israel kepada Allah. Elia berkata,

3. “Ya Tuhan, mereka sudah membunuh nabi-nabi-Mu dan memusnahkan mazbah-mazbah-Mu. Hanya aku seorang yang tertinggal, dan mereka hendak membunuh aku.”

Roma 11