13. Pemuda kami dipaksa mengisar gandum seperti abdi,anak lelaki tertindih pikulan kayu sehingga terhuyung-hayang.
14. Orang tua tidak lagi berkumpul di pintu gerbang kota,kaum pemuda tidak lagi bermain muzik.
15. Kegembiraan sudah lenyap dalam kehidupan kami,tarian telah berubah menjadi perkabungan.
16. Hal yang kami bangga-banggakan sudah tiada.Kini kami dihukum kerana berdosa.
17. Kami berasa amat sedih, air mata kami bercucuransehingga penglihatan kami kabur,
18. kerana Bukit Sion lengang dan terbiar,anjing hutan berkeliaran di runtuhannya.
19. Tetapi Engkau, ya TUHAN,raja selama-lamanya,Engkau memerintah sepanjang masa.
20. Mengapakah Engkau meninggalkan kami sedemikian lama?Tidakkah Engkau mahu mengingat kami lagi?
21. Ya TUHAN, bawalah kami kembali kepada-Mu; bawalah kami balik kepada-Mu!Pulihkanlah kegemilangan kami seperti dahulu.
22. Adakah Engkau membuang kami sama sekali?Tidak terbataskah kemurkaan-Mu terhadap kami?