Ratapan 5:1-13 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Ingatlah, ya TUHAN, akan apa yang telah berlaku kepada kami.Pandanglah kami, lihatlah kehinaan kami.

2. Harta warisan kami telah dirampas orang lain;orang asing sedang menduduki rumah kami.

3. Bapa kami dibunuh oleh musuh,dan kini ibu kami menjadi balu.

4. Kami terpaksa membeli air minumdan kayu untuk bahan api.

5. Kami dipaksa bekerja berat seperti binatang;kami lelah, namun tidak diberikan masa rehat.

6. Kami mengemis di Mesir dan Asyur,kami meminta makanan untuk terus hidup.

7. Nenek moyang kami berdosa, dan kini sudah tiada;tetapi kami mesti menderita, kerana dosa-dosa mereka.

8. Kami diperintah oleh orang yang sama seperti hamba,dan tiada orang yang berkuasa melepaskan kami daripada mereka.

9. Pembunuh merayau-rayau di luar kota,nyawa kami terancam ketika mencari makanan.

10. Kami demam kerana kelaparan,badan kami panas seperti ketuhar.

11. Isteri kami diperkosa di Bukit Sion,gadis-gadis kami dicabuli di setiap kota di Yehuda.

12. Para pemimpin kami ditangkap dan digantung,orang tua kami tidak dihormati lagi.

13. Pemuda kami dipaksa mengisar gandum seperti abdi,anak lelaki tertindih pikulan kayu sehingga terhuyung-hayang.

Ratapan 5