1. Emas yang berkilauan telah menjadi pudar;batu-batu Rumah TUHAN bertaburan di jalan.
2. Dahulu kaum pemuda kota Sion seperti emas yang berharga,tetapi sekarang mereka diperlakukan seperti belanga tembikar.
3. Serigala betina pun tahu menyusui anaknya,tetapi umat-Ku kejam seperti burung unta di padang gurun.
4. Mereka membiarkan bayi mereka mati kehausan dan kelaparan;anak-anak minta makanan, tetapi tiada sesiapa pun yang memberikan makanan.
5. Orang yang dahulu makan makanan terbaik, sekarang mati kelaparan di jalan;mereka yang dahulu hidup mewah, sekarang mengorek sampah mencari makanan.
6. Bangsaku telah dihukum lebih berat daripada penduduk Sodom,yang musnah dalam sekelip mata kerana dihukum oleh Allah.
7. Dahulu para pemimpin kami murni seperti salji yang putih bersih.Mereka tegap dan kuat,segar bugar dan sihat.
8. Tetapi sekarang mereka terlantar di jalan dan tidak dikenali orang,muka mereka menjadi lebih hitam daripada jelaga,kulit mereka kerepot dan melekat pada tulang,seperti kayu yang kering kerontang.
9. Mereka menderita dan mati perlahan-lahan, kerana sama sekali tidak mempunyai makanan.Orang yang mati di medan pertempuran, lebih beruntung daripada orang yang mati kelaparan.
10. Bencana yang menimpa bangsaku sangat mengerikan;sehingga ibu yang penyayang terpaksa memasak anak sendiri untuk dimakan.
11. TUHAN melampiaskan kemurkaan-Nyadan membakar kota Sion sampai musnah.
12. Di kalangan raja-raja dan penduduk dunia tidak seorang pun yang percayabahawa pintu gerbang Yerusalem dapat dimasuki musuh.
13. Tetapi hal itu berlaku kerana nabi-nabinya telah berdosa,dan imam-imamnya membunuh orang yang tidak bersalah.