Ratapan 3:57-62 Alkitab Berita Baik (BM)

57. Engkau mengabulkan doaku,dan berfirman kepadaku, ‘Jangan takut.’

58. Engkau datang memperjuangkan perkaraku, ya Tuhan,dan Engkau menyelamatkan nyawaku.

59. Engkau melihat kejahatan yang dilakukan terhadapku;oleh itu belalah perkaraku.

60. Engkau tahu bahawa musuh membenci aku,dan mereka bermuslihat terhadapku.

61. Engkau mendengar mereka menghina aku, ya TUHAN;Engkau tahu akan semua muslihat mereka.

62. Sepanjang hari mereka mempercakapkan aku,dan merancang untuk mencelakakan aku.

Ratapan 3