42. “Ya TUHAN, kami telah berdosa dan memberontak terhadap-Mu, dan Engkau belum lagi mengampuni kami.
43. Engkau mengejar dan membunuh kami;kemurkaan-Mu menyembunyikan belas kasihan-Mu.
44. Kemurkaan-Mu bagaikan awanyang sangat tebal,sehingga tidak dapat ditembusi doa.
45. Engkau menjadikan kami seperti sampahpada pandangan seluruh dunia.
46. Kami dihina dan dipermainkan oleh semua musuh;
47. kami ditimpa malapetaka dan kehancuran; kami hidup dalam bahaya dan ketakutan.
48. Air mataku mengalir sepertisungai kerana bangsaku telah hancur.
49. Air mataku tidak akan berhenti bercucuran
50. sehingga TUHAN dari syurga, memandang dan memperhatikan kami.
51. Hatiku pilu apabila melihat hal yang berlaku kepada kaum wanita di kota kami.
52. Aku diperangkap seperti burung oleh musuh yang membenci aku tanpa alasan.
53. Mereka membuang aku hidup-hidup ke dalam lubang yang dalam,lalu menutup mulut lubang dengan batu.
54. Air naik sampai ke kepalaku,dan aku berfikir bahawa kematianku sudah hampir.
55. Ya TUHAN, dari dasar lubang yang dalam itu aku berseru kepada-Mu.
56. Apabila aku memohon Engkau menolong aku,Engkau mendengarkan seruanku.