Ratapan 3:21-36 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Namun harapanku bangkit kembaliapabila aku teringat akan perkara ini:

22. Kasih TUHAN abadi danrahmat-Nya tidak berkesudahan;

23. selalu baru setiap pagi,sesungguhnya Dia setia!

24. TUHAN sahaja yang aku punyai,oleh itu aku berharap kepada-Nya.

25. TUHAN baik terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya.

26. Oleh itu baiklah kita menantikanDia dengan sabar, sehingga Dia menyelamatkan kita.

27. Baiklah kita belajar tabah hatiketika masih muda.

28. Apabila Dia mendatangkan penderitaan,kita harus duduk sendirian dan berdiam diri.

29. Kita harus merendahkan diri dan berserah,kerana mungkin masih ada harapan.

30. Walaupun dipukul dan dihina,kita harus menerima semuanya.

31. Tuhan berbelas kasihan dan tidak akan menolak kita selama-lamanya.

32. Walaupun Dia mendatangkan penderitaan kepada kita,Dia tetap mengasihi kita dengan kasih yang tiada batas.

33. Dia tidak suka menyebabkankita menderita dan sedih.

34. Tuhan tahu apabila batin kita tertekan waktu dalam tahanan;

35. Dia tahu apabila kitakehilangan hak yang diberikan-Nya kepada kita;

36. apabila keadilan diputarbalikkan,pasti Tuhan mengetahuinya.

Ratapan 3