Ratapan 3:15-29 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Hanya kepahitan yang diberikan-Nya kepadaku sebagai minuman dan makanan.

16. Dia menggosokkan mukaku pada tanah,dan menghantukkan gigiku pada batu sehingga patah.

17. Aku sudah lupa akan kesihatan, kesejahteraan,dan kebahagiaan.

18. Aku tidak akan hidup lama lagi,sudah hilang harapanku kepada TUHAN.

19. Memikirkan pengembaraan dan penderitaanku, bagaikan makan racun yang pahit.

20. Aku terus-menerus memikirkan hal itu,sehingga batinku tertekan.

21. Namun harapanku bangkit kembaliapabila aku teringat akan perkara ini:

22. Kasih TUHAN abadi danrahmat-Nya tidak berkesudahan;

23. selalu baru setiap pagi,sesungguhnya Dia setia!

24. TUHAN sahaja yang aku punyai,oleh itu aku berharap kepada-Nya.

25. TUHAN baik terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya.

26. Oleh itu baiklah kita menantikanDia dengan sabar, sehingga Dia menyelamatkan kita.

27. Baiklah kita belajar tabah hatiketika masih muda.

28. Apabila Dia mendatangkan penderitaan,kita harus duduk sendirian dan berdiam diri.

29. Kita harus merendahkan diri dan berserah,kerana mungkin masih ada harapan.

Ratapan 3