1. Akulah yang tahu bagaimana rasanya dihukum oleh Allah.
2. Dia menyeret aku ke tempat yang semakin gelap,
3. dan bertubi-tubi memukul aku tanpa belas kasihan.
4. Dia melukakan badanku dengan parah dan mematahkan tulang-tulangku.
5. Dia meliputi aku dengan kesedihan dan penderitaan.
6. Dia memaksa aku tinggal dalam kegelapan,seperti orang yang mati pada zaman silam.
7. Dia merantai aku dengan kuat;aku dipenjarakan tanpa harapan untuk melarikan diri.
8. Aku berseru meminta pertolongan,tetapi Allah tidak mahu mendengarkan aku.
9. Aku berjalan terhuyung-hayang;jalanku dihalangi dengan tembok batu.
10. Dia mengadang aku seperti seekor beruang;Dia menerkam aku seperti seekor singa.
11. Dia mengejar aku sehingga aku menyimpang jalan,lalu mencabik-cabikkan aku dan meninggalkan aku.
12. Dia merentangkan busur-Nya,dan menjadikan aku sasaran anak panah-Nya.