4. Tetapi sesiapa yang masih hidup di dunia ini mempunyai harapan. Bukankah anjing yang hidup lebih baik daripada singa yang mati?
5. Orang yang masih hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun. Mereka tidak mendapat ganjaran lagi, mereka telah dilupakan orang.
6. Kasih, kebencian, dan nafsu mereka, semuanya lenyap bersama-sama mereka. Mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam apa-apa hal yang berlaku di dunia ini.
7. Makanlah, minumlah, dan bergembiralah! Minumlah wain dan bergembiralah; Allah tidak melarangnya.
8. Biarlah kamu sentiasa bergembira dan muka kamu berseri-seri.
9. Nikmatilah hidup dengan isteri yang kamu kasihi, selama hidupmu yang sia-sia, yang diberikan Allah kepadamu di dunia ini. Nikmatilah setiap hari meskipun sia-sia sahaja kerana hanya itu yang kamu dapat untuk jerih payahmu.