Pengkhutbah 2:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Aku mengambil keputusan untuk berseronok agar mengetahui erti kebahagiaan, tetapi usahaku sia-sia.

2. Aku mendapati bahawa ketawa itu suatu kebodohan, dan bahawa keseronokan tidak membawa faedah.

3. Kerana didorong oleh keinginan untuk beroleh hikmat, aku bertekad untuk menggembirakan hati dengan minum wain dan bersuka-suka. Aku menyangka inilah cara terbaik bagi seseorang menikmati hidupnya yang singkat di bumi.

4. Aku berjaya dalam banyak hal. Aku membina rumah dan mengusahakan ladang anggur.

5. Aku mengusahakan taman dan kebun yang ditanami berbagai-bagai pokok buah-buahan.

6. Aku menggali parit untuk mengairi taman dan kebun itu.

7. Aku mempunyai banyak abdi, baik yang kubeli ataupun yang dilahirkan di rumahku. Aku memiliki lebih banyak ternakan daripada sesiapa yang pernah tinggal di Yerusalem.

Pengkhutbah 2