Pengkhutbah 12:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Ucapan orang bijak seperti tongkat tajam yang digunakan oleh gembala untuk menggiring domba, dan kumpulan peribahasa kukuh seperti paku yang terpasak dalam. Semua itu diberikan oleh Allah, satu-satunya Gembala kita.

12. Hai anakku, ada lagi yang perlu engkau ketahui: kitab tidak habis-habis ditulis, dan terlalu banyak menelaah pelajaran akan meletihkan kamu.

13. Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Allah, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.

14. Allah akan mengadili semua perbuatan kita, yang baik, yang jahat, mahupun yang tersembunyi.

Pengkhutbah 12