Obaja 1:4-14 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Meskipun kamu membina rumahdi tempat setinggi sarang burung helang,seolah-olah di antara bintang-bintang,Aku akan menjatuhkan kamu.

5. Apabila pencuri datang pada waktu malam,mereka hanya mengambil apa yang diingini.Apabila orang memetik buah anggur,mereka selalu meninggalkan beberapa buah.Tetapi musuh akan melenyapkan kamu sama sekali.

6. Hai keturunan Esau,harta kamu telah dijarah.

7. Negara sekutu telah menipu kamu;kamu diusir oleh mereka dari negeri kamu.Kini kamu dikalahkan oleh orang yang dahulunya berdamai dengan kamu.Kamu diperangkap oleh orang yang makan bersama dengan kamu.Mereka berkata tentang kamu,‘Di manakah segala kecerdikan mereka sekarang?’

8. Pada hari Aku menghukum Edom,Aku akan membinasakan orangnya yang bijaksana,dan melenyapkan segala hikmat mereka.

9. Para pejuang dari Teman akan ketakutan,semua askar di Edom akan dibunuh.”

10. “Kamu telah merompak dan membunuh saudara kamu, keturunan Yakub.Oleh itu kamu akan dibinasakandan dihina orang sepanjang zaman.

11. Apabila musuh merobohkan pintu gerbang Yerusalem dan mengalahkan kota itu,kamu tidak berbuat apa-apa.Kamu sama jahatnya dengan orang bangsa asing yang melarikan harta Yerusalem,dan membahagi-bahagikannya antara mereka sendiri.

12. Kamu tidak sepatutnya bersukacitakerana malapetaka yang menimpa saudara kamu di Yehuda.Kamu tidak sepatutnya bergembirapada hari mereka binasa.Kamu tidak sepatutnya mentertawakan merekapada masa mereka susah.

13. Kamu tidak sepatutnya masuk ke dalam kota umat-Kuuntuk bergembira kerana penduduknya menderita,dan untuk merampas harta mereka ketika mereka ditimpa bencana.

14. Kamu tidak sepatutnya berdiri di simpang jalan,untuk mengadang orang yang sedang melarikan diri.Kamu tidak sepatutnya menyerahkan mereka kepada musuhpada hari mereka ditimpa kesusahan.”

Obaja 1