Obaja 1:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Kamu tidak sepatutnya masuk ke dalam kota umat-Kuuntuk bergembira kerana penduduknya menderita,dan untuk merampas harta mereka ketika mereka ditimpa bencana.

14. Kamu tidak sepatutnya berdiri di simpang jalan,untuk mengadang orang yang sedang melarikan diri.Kamu tidak sepatutnya menyerahkan mereka kepada musuhpada hari mereka ditimpa kesusahan.”

15. “Sudah hampir harinya, apabila Aku, TUHAN menghakimi semua bangsa.Hai orang Edom,apa yang telah kamu lakukan,akan dilakukan juga kepada kamu.Kamu akan dibalas tepat seperti apa yang telah kamu lakukan.

16. Di atas bukit-Ku yang suci, Umat-Ku telah minum dari cawan minuman pahityang melambangkan hukuman mereka.Tetapi semua bangsa jiranakan minum dari cawan minuman yang lebih pahit lagi.Mereka mesti meminumnya sampai habis,lalu mereka akan lenyap tanpa bekas.”

Obaja 1