Nehemia 9:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Engkau nampak nenek moyang kami menderita di Mesir;Engkau mendengar seruan mereka minta tolong di Laut Gelagah.

10. Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa,untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja,kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka.Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini.

11. Engkau membelah laut untuk membuat jalan bagi umat-Mu ke seberang,Engkau menghantar mereka ke seberang melalui dasar laut yang kering.Orang yang mengejar mereka lemas di laut yang dalam,mereka seperti batu yang tenggelam di laut yang seram.

Nehemia 9