13. Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai;Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri.Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintahyang adil, benar, dan berfaedah.
14. Engkau mengajar mereka merayakan hari Sabat yang suci itu,dan melalui hamba-Mu Musa, Engkau memberi mereka hukum-Mu.
15. Apabila mereka lapar, roti dari langit Engkau turunkan,apabila mereka dahaga, air dari batu Engkau pancarkan.Engkau menyuruh mereka menguasai tanahyang telah Engkau janjikan kepada mereka.
16. Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh,mereka tidak mentaati perintah-Mu.
17. Mereka tidak mahu patuh;mereka melupakan segala perbuatan-Mu,dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu.Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua,untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula.Tetapi Engkau Allah yang mengampuni;Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih;Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.
18. Mereka membuat berhala berbentuk anak lembu,lalu berkata bahawa berhala itu memimpin mereka keluar dari Mesir.Ya TUHAN, mereka sangat menghina Engkau.
19. Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir,kerana rahmat-Mu sungguh besar!Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang apiyang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari.
20. Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan;Engkau memberi mereka manna sebagai makanan,Engkau memberi mereka air sebagai minuman.
21. Selama empat puluh tahun di padang gurun,Engkau memberi mereka segala yang diperlukan.Pakaian mereka tidak pernah rosak,dan kaki mereka tidak sakit atau bengkak.
22. Engkau memberi mereka kemenanganatas banyak bangsa dan kerajaanyang bersempadan dengan negeri mereka.Mereka mengalahkan negeri Hesybon yang diperintah oleh Raja Sihon,dan kerajaan Raja Og di negeri Basan.
23. Engkau memberi mereka anak sebanyak bintang di angkasa,dan membiarkan mereka menakluki tanah,yang telah Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka.
24. Mereka menduduki negeri Kanaan;Engkau mengalahkan penduduk negeri itu.Engkau memberi umat-Mu kuasauntuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.
25. Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu,tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta,perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur.Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk;mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.
26. Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu;mereka membelakangi Taurat-Mu.Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran,dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu.Berulang kali mereka menghina Engkau,
27. sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka.Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu;dari syurga, Engkau menjawab mereka.Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin,yang menyelamatkan mereka daripada musuh.
28. Tetapi apabila negeri aman lagi, mereka berdosa semula,dan Engkau pun membiarkan musuh mengalahkan mereka.Namun ketika mereka bertaubat dan memohon Engkau menyelamatkan mereka,dari syurga Engkau mendengarkan seruan mereka;dan berulang kali Engkau menyelamatkan merekademi belas kasihan-Mu yang besar.