8. Aku mengirimkan jawapan kepadanya, “Semua yang tuan katakan itu tidak benar. Tuan sendiri yang mereka-reka cerita itu.”
9. Mereka mencuba menakut-nakutkan kami supaya kami berhenti bekerja. Kemudian aku berdoa, “Ya Allah, kuatkanlah aku sekarang!”
10. Kira-kira pada waktu itu aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya, iaitu cucu Mehetabeel, kerana dia tidak dapat datang berjumpa dengan aku. Dia berkata kepadaku, “Kita berdua mesti bersembunyi di Bilik Suci di dalam Rumah TUHAN dan mengunci semua pintu, kerana ada orang yang hendak membunuh tuan. Bila-bila sahaja pada malam ini mereka akan datang membunuh tuan.”