4. Ada lagi orang lain yang berkata, “Kami terpaksa meminjam wang untuk membayar cukai kerajaan bagi ladang dan kebun anggur kami.
5. Kita semua bangsa Yahudi. Bukankah anak-anak kami pun sama baiknya dengan anak-anak Yahudi yang lain? Tetapi kami terpaksa membiarkan anak-anak kami menjadi hamba. Bahkan ada beberapa orang anak gadis kami yang sudah dijual menjadi hamba. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”
6. Apabila aku mendengar sungutan mereka itu, aku naik marah
7. dan segera bertindak. Aku menyalahkan para pemimpin dan pegawai. Aku berkata kepada mereka, “Kamu menindas saudara-saudara kamu sendiri!”Kemudian aku mengadakan suatu perjumpaan rakyat untuk menyelesaikan masalah itu,
8. dan aku berkata, “Dengan seberapa daya, kami telah menebus orang Yahudi yang terpaksa menjual diri mereka kepada orang bangsa asing. Tetapi kini kamu pula yang memaksa mereka menjual diri kepada kamu, padahal kamu juga orang Yahudi!” Para pemimpin itu diam sahaja, dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.